FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Join the forum, it's quick and easy

FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....
FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

DAH DEKAT DAH...

Go down

DAH DEKAT DAH... Empty DAH DEKAT DAH...

Post by Mat_Saad_lubuk_ayaq Sat Oct 03, 2009 11:35 pm

APA YANG TERJADI SEKARANG NI DAH MENUNJUKKAN BENARNYA APA YANG DITULIS DIDALAM AL-QURAN. PENUHILAH IBADAT, PERBANYAKKAN IBADAT , MANTAPKAN IBADAT, SEBARKAN DAKWAH, SERULAH SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT HANDAI MENUJU KEJALAN ALLAH. SESUNGGUHNYA KITA DAH HAMPIR PADA HARI KEBINASAAN (KIAMAT). BIARLAH KITA TERUK BAGAIMANA SEKALIPUN DI DUNIA INI, DIKEJI, DIHINA , DILUDAH, MAHUPUN DIPIJAK, ASALKAN KITA MENANG DI AKHIRAT KELAK. KERANA KITA ADALAH UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W., UMAT YANG PALING MULIA DIANTARA UMAT YANG LAIN. MAKA JADILAH DAI GOLONGAN-GOLONGAN ITU SUPAYA SENANG KITA APABILA DISANA NANTI! INSYAALAH!

ALLAHUMMA AHINABIL IMAN, WAAMITNA BIL IMAN , WA AD KHIL JANNATAMA ALIMAN!' YA ALLAH, KAU TETAPKANLAH IMAN KAMI, HIDUPKAN KAMI DENGAN IMAN, MATIKAN KAMI DENGAN IMAN, SYURGAKAN KAMI DENGAN IMAN!'.

AMIN, AMIN YARRABBALALAMIN!

DAH DEKAT DAH...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Hadith Sahih Bukhari

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.



2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..' - Hadith Sahih Muslim

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi.. kalau nabi Muhammad masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.



3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.



4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'

- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada.... masjid cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjid tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjid mana paling canggih... cantik....



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'

- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....



Cool Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar... ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar "lurah aku", betapa besar pinggul aku", betapa ramping badan ku... betapa 'flat' perut ku .... etc.. masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok.... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie...... macam macam kan ....


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ... buat tak tahu jek....



13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....
Mat_Saad_lubuk_ayaq
Mat_Saad_lubuk_ayaq
Kawan Baloq Liat

Scorpio Posts : 46
Reputation : 0

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum